Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md. Raus Sharif selepas pendakwa raya gagal menyerahkan notis rayuan kepada bekas kakitangan syarikat minyak dan gas itu untuk kali ketiga.

Sehubungan itu, beliau yang bersidang bersama Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Ramly Ali, Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha membatalkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Hamzah Ismail.

Sehubungan itu, pendakwa raya gagal meneruskan rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 19 Februari tahun lalu yang membebaskan responden daripada tuduhan membunuh Nur Syaleza, 31.

Mahkamah Rayuan sebulat suara mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang melepas dan membebaskannya daripada tuduhan membunuh mangsa selepas menolak rayuan pendakwa raya. - UTUSAN ONLINE