Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti, 51, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Madihah Hairullah.

Nor Badli Munawir didakwa telah melibatkan diri dalam penggubahan wang haram dengan menerima wang tunai RM430,000 dan RM570,000 daripada dua pengarah syarikat berbeza yang merupakan hasil daripada suatu aktiviti haram.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di pejabat THHE Fabricators Sdn. Bhd., tingkat 23, Tower B, Menara UOA Bangsar, Jalan Bandar Utama 1 dan Restoran Leaf Dining, No. 5-1, Jalan Solaris 1, Solaris Mont Kiara, antara pukul 2 dan 4 petang,  27 Jun 2013 dan 1 Jun 2013.

Pada 26 Januari lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen sama atas lima pertuduhan pecah amanah melibatkan jumlah RM2.57 juta. - UTUSAN ONLINE