Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bekas CEO TH Heavy Engineering didakwa

Pengubahan wang haram RM2.57 juta

Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti (tengah) hadir ke Mahkamah
Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti (tengah) hadir ke Mahkamah Sesyen selepas didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam. utusan/Roy Azis Abd Aziz

SHAH ALAM 2 Mac - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Heavy Engineering Bhd. (THHE), sebuah syarikat bersekutu Tabung Haji mengaku tidak bersalah hari ini ketika dihadapkan di dua mahkamah berasingan atas lima pertuduhan melibatkan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM2.57 juta, empat tahun lalu.

Di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti, 51, mohon dibicarakan selepas tiga pertuduhan membabitkan aktiviti peng­ubahan wang haram sebanyak RM1.57 juta itu selesai dibacakan di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, tertuduh didakwa telah menerima wang tunai hasil aktiviti haram RM400,000, RM570,000 dan RM600,000 daripada Pengarah Syarikat Bicara Sepakat Sdn. Bhd., Murhasmee Mukhtar.

Ketiga-tiga transaksi itu didakwa diterima antara pukul 6 hingga 8 malam pada 2 Mei 2103 dan 11 September tahun sama di restoran Old Town White Coffee, Ara Damansara di Petaling Jaya.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Nor Badli Munawir turut mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Madihah Hairullah atas dua pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah RM1 juta.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mene­rima RM430,000 daripada Pengarah Syarikat Coral Intoil, Mohd. Razip Mohammad iaitu hasil daripada suatu aktiviti haram di THHE Fabricators Sdn Bhd, B-23-1, Tower B, Menara UOA Bangsar, di sini, antara pukul 2 petang dan 4 petang, 27 Jun 2013.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima RM570,000 daripada Pengarah Syarikat RL Offshore Sdn. Bhd., Hanafi Daud di Restoran Leaf Dining, No 5-1, Jalan Solaris 1, Solaris Mont Kiara antara pukul 3 petang dan 4 petang, 1 November 2013.

Kesemua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kesemua kes itu dikendalikan oleh Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohammed Heikal Ismail dan Mohd. Asnawi Abu Hanipah manakala tertuduh diwakili peguam-peguam Kitson Foong serta Chetan Jethwani.

Kedua-dua mahkamah membenarkan Nor Badli Munawir di­ikat jamin berjumlah RM100,000 bagi kesemua pertuduhan dengan dua orang penjamin dan menetapkan 15 Mac ini sebutan semula kes.

Pada 26 Januari lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas lima pertuduhan pecah amanah membabitkan lima cek berjumlah RM2.57 juta, empat tahun lalu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain