Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd. Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.


Terdahulu suspek tiba di perkarangan mahkamah di sini kira-kira pukul 9.20 pagi dengan berkerusi roda dan berpakaian lokap SPRM berwarna oren sambil tangan bergari.


Suspek tersebut yang difahamkan mengalami masalah sakit tulang belakang tidak menyembunyikan wajahnya sepanjang diiringi oleh pegawai SPRM sehingga memasuki bilik mahkamah tersebut.


Sebelum ini, dia ditahan kira-kira pukul 9.50 malam semalam di Ibu Pejabat SPRM di sini selepas lebih 12 jam memberi keterangan.-UTUSAN ONLINE.