M.V. Sivalingam, 54, yang kini bekerja sebagai pengutip hutang, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa menyamar sebagai penjawat awam dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada warga Bangladesh, Syed Sumon di Restoran Kayu Manis, USJ 19, Subang Jaya, dekat sini kira-kira pukul 2 petang, 3 Julai lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.


Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim tidak menawarkan sebarang jaminan bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Datuk Suraj Singh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya hadir ke mahkamah atas jaminan polis telah memberi kerjasama yang baik semasa siasatan.

Majistret Nor Ariffin Hisham bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Oktober ini untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE