G. Rajasegar dan Kongres India Utara (NIC) selaku plaintif pertama dan kedua memfailkan saman tersebut terhadap ADUN Jawi, H'ng Mooi Lye dan ADUN Sungai Bakap, Dr. Amar Pritpal Abdullah.

Kedua-dua plaintif yang diwakili peguam K. Mahindra turut memohon maaf kepada Mooi Lye dan Amar Pritpal yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua ketika kes disebut di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. 

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan bahawa tuntutan plaintif terhadap defendan telah dibatalkan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula tindakan baharu.

Mahkamah turut memerintahkan pihak plaintif untuk membayar kos RM5,000 kepada setiap defendan.

Rajasegar yang juga NIC, dalam penyataan tuntutannya pada Februari tahun lalu mendakwa kedua-dua defendan telah memfitnahnya menerusi mesej dalam kumpulan WhatsApp bernama "AM & HOD MPSP pada Mei 2017 dengan tujuan merosakkan reputasi dan martabatnya serta NIC.

Dalam penyataan tuntutan itu, Rajasegar berkata Mooi Lye dalam mesej itu mendakwa bahawa dia (Rajasegar) menyalahgunakan kekuasaannya sebagai bekas ahli majlis MPSP manakala defendan kedua mendakwa bahawa NIC adalah wang yang membuat organisasi bukan kerajaan. - UTUSAN ONLINE