Berbanding pendakwaan di Mahkamah Sesyen dan di Mahkamah Tinggi Jenayah 1, sebutan kes di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali berlangsung hampir sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Selepas pertuduhan pindaan dibacakan kepada Najib dan pengakuan direkodkan, peguam bela, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memulakan bantahannya dalam bahasa Inggeris terhadap tindakan pendakwaan yang tidak membantah terhadap pelantikan Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak.

Kontroversi tercetus sebelum ini apabila Hakim Mohd. Sofian diketahui merupakan adik kepada ahli Exco Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta daripada UMNO, Datuk Seri Mohd. Soffi Abd. Razak. - UTUSAN ONLINE