Malik Redzuan Mohamed, 32, yang bekerja sebagai pemetik buah kelapa bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi. 


Tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berumur 12 tahun 8 bulan di sebuah rumah dekat Jasin antara pukul 1 dan 4 petang, Februari 2014.


Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan. 


Mahkamah membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Disember depan untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE