M. Bahamasulam, 39, didakwa telah memasuki ke dalam kilang percetakan Harian (Zulfadzli) Sdn. Bhd. tanpa kebenaran di No. 24, Jalan Usahawan 5, Kawasan Perindustrian, Setapak di sini kira-kira pukul 12 tengah malam, 10 Oktober lalu.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian dua pengawal keselamatan yang bertugas di kilang tersebut telah terdengar bunyi barang jatuh di bahagian luar kilang dan tiba-tiba ternampak kelibat tertuduh dalam keadaan yang mencurigakan.

Tertuduh telah ditahan dan diserahkan kepada pihak polis.

Bapa dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Bahamasulam yang tidak diwakili peguam merayu hukuman penjara ringan atas alasan dia perlu menanggung dan menjaga anak-anak yang masih kecil malah salah seorang anaknya merupakan orang kurang upaya (OKU) selepas ketiadaan isterinya.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zikri Jaafar yang mengendalikan pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh.

Majistret Maizatul Munirah Abd. Rahman memerintahkan Bahamasulam menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkapnya pada 10 Oktober lalu. - UTUSAN ONLINE