Hakim, Hakim Zahilah Muhammad memerintahkan hukuman penjara itu dijalankan secara berasingan terhadap tertuduh yang bekerja sebagai kelindan lori bermula dari tarikh dia ditahan.

Tertuduh yang mempunyai masalah pendengar didakwa berdepan lima pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul mangsa yang merupakan anak kedua daripada enam beradik ketika mangsa berusia 11 hingga 15 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dua rumah berasingan di Felda Air Tawar 3 dan Taman Sri Saujana, di sini.

Dalam pada itu, mahkamah sama turut menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas ipar tertuduh berusia 37 tahun yang turut mengaku bersalah atas satu pertuduhan mencabul kehormatan mangsa pada Mei 2014 di sebuah rumah di Felda Air Tawar 3, di sini.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Salwa Sulaiman daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. - UTUSAN ONLINE