Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bapa didakwa tumbuk, pijak anak

Mohd. Harizan Itai  dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Melaka atas
Mohd. Harizan Itai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Melaka atas pertuduhan menumbuk, memijak dan memukul anak lelakinya berumur sembilan tahun sehingga cedera pada Februari lalu.

MELAKA 14 April – Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak kandungnya yang berusia sembilan tahun dengan menumbuk, memijak dan memukul kanak-kanak itu, Februari lalu.

Mohd. Harizan Itai, 37, didakwa melakukan perbuatan itu di Kampung Batu Nyalas, Asahan, Jasin dekat sini kira-kira pukul 7.20 malam, 3 Februari lalu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah menganiaya anak lelakinya itu sehingga cedera dengan cara menumbuk pada bahagian mulut, memijak bahagian paha se­belah kiri dan memukul bahagian kepala serta pinggang sehingga berdarah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari yang mengendalikan pendakwaan sebelum itu memohon mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan mengambil kira faktor ke­selamatan mangsa.

Peguam Sulaiman Harmain Shah yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon anak guamnya dibenarkan bebas dengan jaminan yang mi­nimum atas alasan anak guam­nya hanya bekerja sebagai penoreh getah dan menanggung isteri serta lima anak termasuk mangsa.

Hakim Ahmad Sazali Omar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 15 Mei ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain