Tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd. Faih Rifin, 35, memandangkan kes tersebut merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh anak kandungnya, Muhammad Waiz Wazzini di sebuah rumah di Flat Puchong Permai 1/6, Puchong permai dekat sini antara pukul 2.30 hingga 5.30 petang, 13 Ogos lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan

Majistret Nor Ariffin Hisham menetapkan 16 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi laporan forensik. - UTUSAN ONLINE