Mohd. Amri Ismail, 29, yang tidak bekerja dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa cuba membunuh bayinya sehingga menyebabkan kecederaan iaitu pendarahan otak dan koma akibat dicampak ke tilam di atas lantai beberapa kali di bilik sewanya, No. 28 Tingkat 2, Jalan Lorong Haji Taib 1, Chow Kit di sini, kira-kira 7.30 petang, 4 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh ditangkap, 5 November tahun lalu.

Terdahulu, Mohd. Amri tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dan menyesal atas perbuatannya manakala Timbalan Pendakwa Raya, Amira Sariaty Zainal memohon hukuman sewajarnya mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius kerana mangsa seorang bayi dan boleh mengakibatkan kematian. - UTUSAN ONLINE