Baki jumlah yang ada pada akaun dengan nombor akhir 898 sebelum ia ditutup adalah sebanyak RM721.57.

Baki bagi akuan dengan nombor akhir 880 ialah RM690.11.

Baki bagi akuan dengan nombor akhir 906 ialah RM101,962.14.

Saksi tersebut memberi keterangan terbabit berdasarkan penyata bagi setiap akaun bagi tempoh 31 Julai 2013 hingga 9 Mac 2015.

Tambahnya, baki kesemua akaun itu telah dipindahkan melalui cek kepada syarikat Ihsan Perdana Sdn. Bhd. (Ihsan Perdana).

Ihsan Perdana merupakan syarikat yang mengendalikan tanggungjawab sosial korporat bagi SRC International Sdn. Bhd.

Perbicaraan kes Najib membabitkan tujuh pertuduhan salah guna jawatan, pecah amanah dan menerima hasil aktiviti haram bernilai RM42 juta membabitkan dana syarikat SEC International sedang berjalan. - UTUSAN ONLINE