Majistret Nurshahirah Abd. Salim memutuskan sedemikian selepas representasi yang dihantar kepada Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor diterima bagi mengugurkan kes tersebut.

Pada 24 Januari lalu, Nur Dhia Liyana, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang pegawai keselamatan warga emas, Placid P Rodriguez, 70, di platform bawah stesen LRT Putra, Persiaran Putra Indah, Putra Heights, di sini, kira-kira pukul 6.40 petang, 6 Julai tahun lalu.

Atlet yang pernah memenangi pingat perak dalam acara Taekwondo pada Sukan SEA 2017 itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ng Wee Li sementara tertuduh diwakili oleh peguam Nur Hayati Omar.UTUSAN ONLINE