KUALA LUMPUR 7 JAN 2014 - Kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perkara itu diputuskan secara sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan sebentar tadi sewaktu menolak rayuan mereka tanpa kos.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmadi Asnawi yang bersidang bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Suraya Othman berpuas hati rayuan itu tiada merit.

Selain Anwar, 70, pemohon dalam kes itu ialah isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, 65, dan empat anak perempuan mereka Nurul Izzah, 37, Nurul Nuha, 34, Nurul Ilham, 30, dan Nurul Iman, 27.    

Turut memfailkan permohonan itu ialah anak Nurul Izzah, Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar dan Raja Ahmad Harith, masing-masing berumur 11 dan sembilan tahun, serta anak Nurul Nuha iaitu Sulaimaan Mohamad Khairul dan Yahya, masing-masing berumur enam dan lima tahun. 

Perayu-perayu memohon perintah bahawa keputusan Pengarah Penjara Sungai Buloh bertarikh 14 Mac 2016 yang tidak membenarkan sentuhan fizikal antara mereka, dibatalkan.    

Anwar dan ahli keluarganya mendakwa semasa lawatan ke penjara yang dibenarkan setiap tiga minggu sekali, mereka dipisahkan oleh dinding kaca dan percakapan hanya dibuat melalui telefon. 

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dia dijangka dibebaskan Jun tahun ini. - UTUSAN ONLINE