Hakim Azman Abu Hassan menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, Rijali Solah, 59, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan.


Mengikut kertas pertuduhan, pada 12 Mei 2014, kira-kira pukul 2.10 petang, tertuduh yang merupakan bapa kepada tiga anak didakwa bersetuju menerima rasuah berjumlah RM700 daripada Mohd. Hizzam Hussin, 39, sebagai dorongan untuk membantu menukar keputusan ujian air kencing. 


Dia yang ketika itu bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Narkotik di Cawangan Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah Yan didakwa menerima rasuah tersebut di Stesen Minyak Petronas Gurun.


Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Syahrul Khuzaini Amiruddin sementara tertuduh diwakili peguam, S. P. Raman.


Mahkamah membenarkan rayuan peguam supaya hukuman penjara itu ditangguhkan sementara menanti keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi namun tertuduh diarah untuk membayar denda tersebut atau berdepan hukuman penjara enam bulan.-UTUSAN ONLINE