Tertuduh, Norzaishafril Shaffie, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.

Mengikut pertuduhan, Norzaishafril didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM200 daripada Zafizah Zakaria, 40, di sebuah gudang minyak diesel tidak bernombor di Kampung Remia Manis, Padang Terap pada pukul 4.32 petang, 24 September 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mana boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim menetapkan sebutan semula kes pada 24 April depan. - UTUSAN ONLINE