Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman mengketepikan perintah tahanan reman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Ahad lalu.

Keputusan itu dibuat selepas permohonan semakan tahanan reman dibuat oleh peguam plantif.

Ab. Karim dalam penghakimannya berkata, alasan permohonan remah yang dibuat oleh pihak polis sebelum ini tidak mempunyai sebarang justifikasi untuk membolehkan kedua-dua suspek ditahan selama tujuh hari.

"Saya ubah perintah tempoh reman berakhir hari ini selepas pukul 5 petang," katanya. - UTUSAN ONLINE