Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Anak didakwa bunuh 
bapa, cuba bunuh diri

Amirul Amin Amran (tengah) yang didakwa membunuh bapa kandungnya
Amirul Amin Amran (tengah) yang didakwa membunuh bapa kandungnya diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret Kangar, Perlis, semalam. UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

KANGAR 21 April – Seorang penganggur berdepan hukuman di tali gantung setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini di atas tuduhan membunuh bapanya dengan menggunakan parang serta tuduhan cuba membunuh diri di sebuah rumah di Beseri, minggu lalu.

Amirul Amin Amran, 24, yang kelihatan tenang hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Mohd. Azhar Hamzah. Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, pemuda itu didakwa membunuh bapanya, Amran Ariffin, 53, antara pukul 7.20 pagi dan 7.30 pagi, 14 April lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 4 1/2, Lorong Maqdis, Jalan Padang Melangit, Beseri dekat sini.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Amril Johari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Amirul Amin yang diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman, juga didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu cuba membunuh diri dengan menggunakan sebilah pisau pada pukul 7.30 pagi pada tarikh dan tempat sama.

Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang dikemukakan mengikut Seksyen 309 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Mohd. Azhar Hamzah menetapkan 17 Julai ini sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan dan bedah siasat.

Memetik laporan akhbar baru-baru ini, mangsa yang merupakan seorang kontraktor meninggal dunia di tempat kejadian akibat ditetak de­ngan parang panjang oleh suspek berusia 24 tahun semasa mereka bertengkar.

Suspek dikatakan turut menikam dirinya sebelum melarikan diri dan dia ditahan di rumah neneknya yang terletak 60 meter dari tempat kejadian kira-kira pukul 8 pagi sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk menerima rawatan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain