Muhammad Zarif Abdullah Menon, 44, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadapnya di hadapan Hakim Hilmiah Yusoff.


Tertuduh didakwa memperdayakan ahli perniagaan, Md. Haris Rifen, 61, dengan cara menyerahkan dua keping cek Bank Standard Chartered Bhd. bernilai RM2.5 juta yang telah ditutup akaunnya sebagai dokumen pemindahan saham syarikat Bayu Tenang Sdn. Bhd. bagi pembelian saham syarikat tersebut.


Kesemua perbuatan  itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan PJS 3/1, Taman Medan di sini, kira-kira pukul 10 pagi, 16 Julai 2013 dan pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan dua penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan, pasport perlu diserahkan kepada mahkamah selain tertuduh hendaklah melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali.-UTUSAN ONLINE.