Tertuduh, Wan Yon Ann, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas ia dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Rini Triany Muhamad Ali.

Mengikut pertuduhan asal, tertuduh didakwa menipu Tan Wai Khan, 40, supaya mempercayai watikah pergurniaan DIMP yang diberikannya adalah tulen sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM5,000.

Perbuatan itu dilakukan di sekitar Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, kira-kira jam 9.30 malam, 18 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan pilihan, Yon Ann didakwa memalsukan dokumen watikah itu untuk memperdaya mangsa, di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Bagi tuduhan asal, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan pula, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE