Datuk Gee Siew Yee, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan, Siew Yee didakwa telah melakukan capaian tanpa kuasa ke atas komputer milik Pengurus Teknologi Maklumat kelab, Brian Periera, 32, dengan niat untuk mendapatkan capaian terhadap tiga fail mesyuarat Kelab Taman Perdana Di Raja Kuala Lumpur.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kelab berkenaan di Dang Wangi di sini antara pukul 8 pagi dan 5 petang, 29 September 2015.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 3(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum fi bawah Seksyen 3(3) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE