Datuk Lee Kim Hock, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melupuskan wang sejumlah RM1,300 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram melalui cek daripada akaun semasa RHB Bank miliknya sebagai bayaran kepada seorang individu.

Bagi pertuduhan kedua, ahli perniagaan itu didakwa memperoleh wang sebanyak RM4,000 yang juga merupakan hasil daripada aktiviti haram melalui cek daripada akaun semasanya.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di RHB Bank Cawangan Taman Midah, No. 18 dan 20, Jalan Midah 1, Cheras di sini pada 4 Februari 2016.

Timbalan Pendakwa Raya, Idamasliza Maarof mengemukakan kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 dibaca bersama Seksyen 87(1)(b) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda atau RM5 juta mengikut mana lebih tinggi. 

Pada 3 Oktober lalu, Kim Hock dan isterinya, Zhong Pei Ling, 32, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan pecah amanah wang milik syarikatnya bernilai RM69,047, tahun lalu. - UTUSAN ONLINE.