Turut didakwa bekas Pengarah Urusan Johor Land Bhd. (JLand), A.F.M. Shafiqul Hafiz, 71, yang juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan sebagai orang dalam yang menyampaikan maklumat kepada Datuk Harjit Singh, 60, bagi memperoleh satu maklumat yang tidak boleh didapati secara umum berhubung nilai saham JLand Bhd.

Harjit dan Shafiqul masing-masing membuat pengakuan tersebut setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hasbullah Adam dan Hakim Azman Ahmad.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di Bursa Malaysia Securities Bhd., Exchange Square, Bukit Kewangan, di sini pada 23 dan 25 Mac serta 6 April dan di negara ini pada 22 Mac dan 6 April 2009. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 188(2)(a) dan 188(3)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 188(4) akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM1 juta jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mahkamah membenarkan Harjit dan Shafiqul diikat jamin masing-masing RM180,000 dan RM250,000 dengan dua penjamin dan pasport diserahkan ke mahkamah serta menetapkan 3 April ini untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE