Tertuduh, Wong Zing Haw, 42, bagaimanapun hanya mengangguk faham tanpa membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ismawi Salleh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa antara 25 Februari lalu, kira-kira pukul 9.30 pagi dan 3 Mac lalu pada pukul 4.30 petang di Lot 1530, Blok 3, Simanggang Town Land District melakukan pembunuhan menyebabkan kematian Yang Xi, 31.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 April depan untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Afif Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - UTUSAN ONLINE