Perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnin Wan Ab. Rahman selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkannya disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009.

Ah Chong yang pernah bermain untuk pasukan Selangor dan Negeri Sembilan, tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pada pukul 9.25 pagi dengan berpakaian lokap SPRM berwarna oren dan tangan bergari sambil diiringi pegawai SPRM.

Semalam, Ah Chong, 43, hadir di Ibu pejabat SPRM di sini selepas diminta berbuat demikian ba­gi membantu siasatan berkenaan.

Rabu lalu, tiga pemain MIFA­ yang ditahan reman selama tujuh hari sejak 6 April berhubung kes yang sama dan dibebaskan dengan jaminan SPRM oleh Mahkamah Majistret. - UTUSAN ONLINE