Johari Mokhtar, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A. Raof.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menipu kakaknya, Rogayah, 57, dengan memperdayanya bagi mempercayai bahawa dia adalah ah long sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM61,500 kepada tertuduh melalui akaun bank.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan AU 2A/1, Taman Sri Keramat, Hulu Langat, dekat sini pada pukul 6 petang, 17 Disember tahun lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE