Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau itu tiba di mahkamah pukul 9.11 pagi dan dilihat memakai baju berwarna oren tertera perkataan Lokap SPRM.


Semalam, Abd. Latif ditahan di Pejabat SPRM negeri di sini pukul 10.50 pagi bagi membantu siasatan berhubung penglibatannya dalam skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.


Sejurus ditahan, SPRM turut merampas sebanyak 150 utas beg tangan berjenama mewah milik isterinya, sebuah Toyota Vellfire dan wang tunai RM41,000 dalam serbuan di kediamannya di sini pada 11.40 pagi.


Penahanan beliau dibuat selepas anak dan pegawai khasnya bersama-sama dua individu lain dibebaskan dengan jaminan SPRM pagi semalam selepas direman selama 14 hari. - UTUSAN ONLINE