D. Jaya Ram Naidu, 36, didakwa melakukan perbuatan itu ke atas sebuah lori milik S. Ashokumar, 37, yang bekerja sebagai pemandu lori di Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh, di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 28 Ogos tahun lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amira Sariaty Zainal mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin namun Jaya Ram Naidu yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan kerana perlu menjaga isteri dan ibunya yang menghidap sakit tua.

Hakim Zaman Mohd. Noor membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin warga tempatan berserta syarat tambahan pasport perlu diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada 1 dan 15 hari bulan setiap bulan.

Beliau turut mengarahkan agar tertuduh tidak mengganggu saksi selain menetapkan 10 April ini untuk sebutan semula kes.