Rabidin Satir

Rabidin Satir, 47, turut kekal dipenjara 12 tahun serta dikenakan sebatan berjumlah 12 kali terhadap empat sa­bitan lain iaitu dua kesalahan merogol isteri lelaki tersebut, satu kesalahan merompak dan mencederakan wanita itu serta satu kesalahan di bawah Akta Senjata Api.

Bagi dua kesalahan merogol, perayu dipenjara 12 tahun dan lapan sebatan manakala bagi kesalahan merompak dan mencederakan wanita itu, dia dipenjara lapan tahun dan dua sebatan.

Perayu turut dipenjara 12 tahun dan dua sebatan lagi bagi kesalahan mengacukan senjara api yang mungkin mendatangkan ketakutan ketika merompak isteri kakitangan kerajaan tersebut.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohtarudin Baki yang bersidang bersama Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara menolak rayuan Rabidin selepas berpuas hati isu-isu yang dibangkitkan tiada merit manakala keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah kukuh.

Keterangan bedah siasat menyatakan, tulang tempurung kepala lelaki berusia 31 tahun itu hancur manakala selaput otaknya koyak selain mengalami pendarahan yang teruk akibat dihentak kuat de­ngan senjata api secara bertubi-tubi menyebabkan mangsa pitam serta-merta.

Wanita itu dalam keterangannya turut menyatakan, dia malah dipukul dengan senjata api yang sama di bahagian kepala, badan dan paha ketika melindungi suaminya daripada terus dipukul oleh Rabidin.

Antara barang yang dirompak termasuk seurat rantai ta­ngan, sebentuk cincin, sebuah kamera jenama Nikon, seunit telefon bimbit jenama Nokia dan seutas jam tangan.

Sehubungan itu, kuorum berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 3 Disember 2015 yang mendapatinya bersalah dan menghukum penjenayah kejam itu terhadap semua kesalahan yang dilakukannya.

Hukuman mati itu merupakan yang kedua dijalaninya selepas Mahkamah Persekutuan pada 21 Oktober tahun lalu mengekalkan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh seorang remaja berusia 17 tahun di Kampung Ketari, Bentong, hampir lapan tahun lalu.