Perumpamaan tersebut di­­­nya­takan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Mente­ri, Datuk Seri Na­jib Tun Razak ke­tika memohon agar Hakim Mahkamah Se­syen di sini, Azman Ahmad mengguna pakai ikat jamin bagi 32 pertuduhan terdahulu bagi kes pada hari ini.

“Anak guam sa­ya telah membayar sejumlah RM4.5 juta bagi per­tuduhan-per­tu­duhan sebelum ini. Jumlah tersebut mungkin yang paling tinggi dalam sejarah perundangan negara ini. Tidak perlu letak jumlah ikat jamin yang baha­ru, guna pakai yang sedia ada. Ja­minan sepatut­nya untuk memastikan kehadi­ran tertuduh dan bukannya satu hu­kuman awal,” ujar peguam ter­sebut.

Sementara itu, peguam, Datuk K. Kumaraendran yang mewakili bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Ke­menterian Kewangan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM500,000 memandangkan anak guamnya merupakan seorang bekas penjawat awam yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dan sangat berdedikasi.

“Anak guam kami tidak ber­salah sehingga dibuktikan sebaliknya. Beliau juga ti­dak akan melarikan diri atau cuba melarikan diri malah tu­rut memberi aku janji akan menjaga tingkah laku beliau termasuk tidak mengganggu saksi pendakwaan,” katanya.

Hujah tersebut bagaimanapun dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang menyatakan pertuduhan-pertuduhan terhadap Najib sebelum ini adalah berbeza dengan apa dihadapinya hari ini.

“Jumlah ikat jamin RM3 juta yang dicadangkan hari ini bukanlah satu bentuk hukuman sebaliknya mengambil kira fakta dan tahap serius kes tersebut. Oleh itu, kami memohon agar hujah jaminan sebelum ini diguna pakai ditolak,” katanya.

Berhubung wang jaminan Mohd. Irwan Serigar, Sri Ram yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan berkata, ter­tuduh terbabit telah menerima faedah emolumen dan bayaran secara berlebihan sebagai pengarah berjumlah jutaan ringgit.

“Beliau bukanlah seorang indi­vidu yang baik pe­rilakunya, jika tidak beliau takkan berdiri dalam kandang tertuduh pada hari ini. Beliau meru­pakan peme­gang amanah ter­tinggi di negara ini yang diamanahkan dengan wang negara. Tetapi se­karang beliau berdiri di sini dan dituduh kerana meng­khianati ama­nah tersebut,” tegas Sri Ram.

Selepas mahkamah me­netapkan jaminan RM1 juta de­ngan dua penjamin bagi setiap tertuduh, Muhammad Shafee bangkit sekali lagi memohon agar anak guamnya diberi tem­poh tiga minggu untuk melunaskan bayaran tersebut dan permohonan sama di­buat oleh Kumaraendran tanpa menyatakan tempoh yang diperlukan bagi berbuat demikian.

Azman selepas membuat pertimbangan membenarkan ikat jamin dibuat secara ansuran dengan RM500,000 dibayar hari ini dan selebih­nya dalam tempoh 10 hari bermula hari ini.