Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Lim Zhi Hao, 23; Ko Boon Hao, 20; Lim Chim Hoang, 18; Wong Jiunn Woei, 18 bersama-sama empat juvana berusia antara 15 hingga 17 tahun selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, Azureen Sahira Saufee Afandi.

SERAMAI lapan tertuduh termasuk empat remaja lelaki bawah umur
SERAMAI lapan tertuduh termasuk empat remaja lelaki bawah umur didakwa atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) di Mahkamah Majistret, Johor Bahru, Johor, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/NUR AISYAH MAZALAN

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa terlibat dalam ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan melakukan bunuh serta menyebabkan kematian seorang lelaki dikenali Chia Min Yong, 21.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuang 1, Tuta di sini pada jam 12.30 tengah hari, 11 November lalu.

Lapan tertuduh
SERAMAI lapan tertuduh termasuk empat remaja lelaki bawah umur didakwa atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) di Mahkamah Majistret, Johor Bahru, Johor, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/NUR AISYAH MAZALAN

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 302 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang tertuduh, Chim Hoang didakwa menyebabkan cedera ke atas Heng Wei Lun, 15, dengan menggunakan sebilah pisau.

SERAMAI lapan tertuduh termasuk empat remaja lelaki
SERAMAI lapan tertuduh termasuk empat remaja lelaki bawah umur didakwa atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) di Mahkamah Majistret, Johor Bahru, Johor, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/NUR AISYAH MAZALAN

Bagi kesalahan itu, dia didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukKan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Jalil Salam Muhamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 19 Disember ini sebagai sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE