Hakim Datuk Yew Jen Kie menetapkan demikian selepas mendengar hujahan lisan daripada pihak plaintif dan defendan selama hampir lima jam, di sini petang tadi.

Writ saman yang difailkan Musa pada 17 Mei lalu memohon pengisytiharan mahkamah bahawa pelantikannya ke jawatan tersebut selepas menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sah.

Dalam prosiding hari ini, plaintif diwakili peguam Tengku Fuad Tengku Ahmad dan S. Vanugopal manakala Juhar sebagai defendan pertama dan Mohd. Shafie sebagai defendan kedua masing-masing diwakili peguam Datuk Zaleha Rose Pandian, Dayangku Fazidah Hatun Pangiran Bagul, Rafidah Maqbool Rahim serta Datuk Douglas Lind. - UTUSAN ONLINE