Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Majistret Jasin, Suzanna Mokhtar terhadap kesemua suspek yang berusia antara 20-an hingga 30-an terbabit.


Kesemua suspek yang berpakaian lokap polis tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Jasin di sini pada pukul 9 pagi sambil diiringi anggota polis.


Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Malam tadi, mayat seorang bayi lelaki yang disyaki dibunuh ditemukan di dalam perigi sedalam kira-kira 6 meter di belakang sebuah rumah di lokasi kejadian. - UTUSAN ONLINE