Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

6 pegawai Imigresen didakwa terima rasuah

lima daripada enam pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen didakwa menerima suapan di Mahkamah Khas
Lima daripada enam pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen didakwa menerima suapan di Mahkamah Khas Rasuah, Kuching, Sarawak, semalam. – bernama

KUCHING 10 April - Enam pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Ra­suah di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah antara RM100 hingga RM1,000 seorang menerusi transaksi bank dalam talian.

Gracy Bohan, 35, dan Norhaliza Hussein, 33, didakwa atas dua pertuduhan manakala Benjamin Morsit, 33; Khairul Nizam Omar, 41; Agnes James Daim, 42; Emily Ngayan Beliang, 36, masing-masing menghadapi satu pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, Gracy didakwa menerima wang RM100 sebanyak dua kali menerusi transaksi bank secara dalam talian da­ripada akaun Fazal Illahi Juma Gul ke akaun miliknya yang diketahui mempunyai urusan dengan tugas rasminya di sebuah bank di Kota Sentosa di sini pada 22 April 2016 dan 25 Disember tahun sama.

Menerusi cara dan tujuan yang sama, Norhaliza didakwa me­nerima wang RM100 dan RM500 di sebuah bank di Batu 7 di sini, pada 1 Januari lalu dan 27 Disember 2016 sementara Agnes didakwa me­nerima wang RM200, Emily Nga­yan (RM300), Benjamin (RM200) dan Khairul (RM1,000).

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Ke­seksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua­nya jika sabit kesalahan.

Hakim Nixon Kennedy Kum­bong­ membenarkan setiap tertuduh diikat jamin antara RM5,000 dan RM8,000 dengan seorang pen­jamin yang menetap di Ku­ching dengan slip gaji tidak kurang RM1,000 sebulan sementara me­nunggu sebutan semula kes pada 28 April ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai-pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kathe­rine Nais, Mohd. Asri Abu Mansor dan Ikhwan Mohd. Ibrahim.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain