Kesemua tertuduh yang berusia antara 20 hingga 48 tahun yang dikawal ketat oleh pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), sekadar mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan seorang demi seorang oleh jurubahasa kepada mereka.

Tiada pengakuan direkodkan oleh mahkamah daripada tertuduh-tertuduh.

Mereka terdiri, Jamal Muhamad Syafian Jamaludin, 24; Mazlan Ahmad, 48; Akmal Firdaus Ahmad, 22; Mohd. Shafiz Ibrahim, 29; Mohd. Mizan Ismail, 39 dan Mohd. Azhar Muei, 20, yang dituduh menjadi anggota kumpulan tersebut di tempat sama bagi tempoh 1 Januari 2015 hingga 8 Oktober lalu.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Izhanudin Alias mengikut Seksyen 130 (V) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima sehingga 20 tahun.

Hakim Azman Abu Hassan tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin berikutan kes berkenaan termasuk dalam jadual pertama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) 2012 dan menetapkan sebutan kes pada 20 November ini. - UTUSAN ONLINE