Kelima-lima tertuduh, Lam Jun Hua, 23, C. Rajeswary, 27, Anchai Panting, 28, Mohd. Iman Zikri Abdullah, 20, dan C. Thilagam, 32, secara berasingan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Ahmad Farid Ahmad Kamal.

Kesemua tertuduh dituduh mengemukakan laporan palsu mendakwa mereka disamun dan diragut di sekitar kawasan Senai dan daerah ini secara berasingan di Balai Polis Kulai dan Senai antara 19 Februari dan 2 Mac lalu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 kepada Jun Hua, Anchai dan Mohd. Iman Zikri manakala Rajeswary dan Thilagam masing-masing didenda RM1,500. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE