Kesemua tertuduh yang berusia 15 hingga 17 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan ke atas yang dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Siti Hajar Ali.

Mengikut kertas pertuduhan, keempat-empat remaja tersebut didakwa bersama-sama melakukan mudarat awam terhadap para penduduk di Blok J, Pangsapuri Jasa, Mutiara Rini di sini pada pukul 8.15 malam, 26 Oktober lalu.

Siti Hajar membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM500 seorang dengan seorang penjamin selain menetapkan 3 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes serta menunggu laporan akhlak.

Akhbar sebelum ini melaporkan 19 lelaki berusia antara 13 hingga 21 tahun ditahan pukul 8.15 malam pada 26 Oktober lalu selepas dipercayai terlibat dalam rusuhan bersenjatakan empat parang di Pangsapuri Jasa, Mutiara Rini.

Hasil siasatan polis mendapati, kejadian disyaki berpunca daripada akibat balas dendam berikutan pergaduhan antara mereka sebelum ini. - UTUSAN ONLINE