Hakim, Mohd. Fauzi Mohd. Nasir menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Ridzuan Mohd. Asri, Muhammad Azlan Md. Lazan dan Muhammad Nuzul Ikhram Nurallail, masing-masing berusia 21 tahun serta Muhammad Saiful Fauzi, 20, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Mohd. Fauzi turut menetapkan 5 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula untuk menjatuhkan hukuman terhadap seorang lagi tertuduh yang juga seorang juvana berusia 18 tahun bagi menunggu laporan akhlak.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaili Sapun, manakala kelima-lima tertuduh diwakili peguam bela Hussin Othman.

Pada 7 Disember 2015, kesemua tertuduh termasuk seorang juvana itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah tandas awam taman rekreasi di Taman Setia Tropika, Kempas di sini antara pukul 12.30 tengah malam hingga 2 pagi. - UTUSAN ONLINE