Keempat-empat lelaki itu dibebaskan selepas tempoh tahanan reman selama 14 hari terhadap mereka tamat hari ini. 


Penolong pendaftar Mahkamah Rendah, Saba’aton Daud membenarkan empat lelaki itu dibebaskan selepas tempoh reman kesemua suspek mencapai had maksimum.  


Terdahulu kesemua suspek yang memakai baju berwarna jingga tertera Lokap SPRM tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru di sini pukul 9.28 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.


Suspek kemudian dibawa keluar dari kompleks itu pukul 9.45 pagi.


Pada 24 Februari lalu, SPRM menahan kesemua suspek tersebut kerana disyaki bersubahat dalam pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek-projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis-premis di Johor. - UTUSAN ONLINE