[email protected] Azan Abdullah, 44, bersama dua adiknya R. Elanggo, 30, dan R. Viknesswara, 28, serta sepupu mereka, B. Kalidass, 41, yang ma­sing-masing tidak bekerja, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa ­Redzuan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh yang diwakili dua peguam, Sukhdave Singh dan Keshvinder Singh.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat lelaki itu didakwa secara bersama mengedar dadah tersebut di bangsal pertama tapak tanah lombong kosong kawasan jeram mukim Kampar, Gua Tempurung dekat sini kira-kira pukul 2 petang, 13 Mac lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Azriah Zaid mengemukakan pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Sukhdave memohon kepada mahkamah supaya keempat-empat tertuduh yang kini ditahan di Penjara Taiping dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh berikutan semua ahli keluarga mereka tinggal di sana.

Bagaimanapun, Nurul Asyifa memaklumkan bahawa mahkamah itu tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, sebaliknya meminta pihak peguam menulis surat kepada Pengarah Penjara Taiping bagi tujuan berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.