Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh kesemua tertuduh yang berusia antara 20 hingga 50 tahun pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan terancang Geng 08 di daerah Petaling bermula 1 Januari 2015 hingga 29 Mac 2018.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Terdahulu, kesemua tertuduh dibawa ke mahkamah dengan menaiki lori polis kira-kira pukul 7.30 pagi dengan diiringi sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Selangor.

Mahkamah menetapkan 26 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE