Pasukan keselamatan tersebut terdiri daripada 11 pegawai dan 104 anggota pasukan All Black Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang menga­wal ketat ke­semua tertuduh yang tiba di Kompleks Mahkamah Ipoh pada pukul 9 pagi dengan menaiki dua buah kenderaan Black Maria.

Pada prosiding di hadapan Hakim Murtazadi Amran, ke­semua tertuduh mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan secara berasingan dalam bahasa Melayu dan Tamil namun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.

Mengikut pertuduhan, kesemua lelaki terbabit didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 04 antara 1 Januari 2015 dan 27 Januari lalu.

Tertuduh yang didakwa ialah Mohamed Shariff Mohamed Ibrahim, 38, dan adiknya, Muhamed Sidik, 33; M. Ganesan, 38; N. Michael Raj, 30; Abdul Rahman Subbaiah Salim, 30; M. Perbakaran, 32; B. Murli, 38; R. Sargunan, 38; A. Khugan, 38; J. Thruselvam, 31; K. Kugan, 38; A. Samuel Dhinakaran, 34, dan K. Thiruchelvan, 25.

Turut didakwa, K. Sattiyarao, 31; S. Vijendran, 31; B. K. Chandran, 27; T.S. Kavitheian, 31; C. Tinabalan, 33; K. Selvam, 32; T. Kamal, 33; S. Thatchana Moorthy, 43; M. Munian, 47; R. Kesavan, 32; P. A. Fatri, 36; F. Niclos, 33; R. Paramesh Rao, 26, dan S. K. Jagathesan, 41.

Selain itu, A. Govalsamy, 53; M. Selva, 32; S. Jesudass, 30; K. Kartikkesan, 30; S.D. Kevin, 22; P. Jeventhyren, 30; L. Tamil Selven, 48; S. Kalidas, 31, dan K. Arun, 32, turut didakwa dalam prosiding yang berakhir pada pukul 10.45 pagi itu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan oleh Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin dan Mohd. Izhanudin Alias mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Seramai 16 tertuduh diwakili peguam iaitu Charan Singh, Jagdave Singh, Dayang Nor Emilia Azman Shah, Harbhajan Singh, Matthews Jude, Terence Naidu, Farhan Fadzin, S. Sundarajan, Meganathan, Gurbachan Singh dan Naizatul Zamzarina Karizaman, manakala 20 tertuduh lain tidak diwakili peguam bela.

Kesemua tertuduh terbabit tidak dibenarkan diikat jamin dan mahkamah menetapkan 20 Mac ini sebutan semula kes.

Semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan dalam sidang akhbarnya berkata, ke­semua tertuduh termasuk seorang bergelar Datuk merupakan pemimpin tertinggi geng ber­kenaan yang aktif dalam jenayah terancang dan serius di negeri ini.