Pesuruhjaya Kehakiman, Chan Jit Li memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Zabidah Ahmad memaklumkan bahawa pihak pendakwaan tidak berhasrat untuk meneruskan pendakwaan mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng Pak Su di daerah Kubang Pasu antara 1 Januari 2015 hingga 8 Oktober 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V (I) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, kesemua ahli Geng Pak Su termasuk Johari, 35, yang digelar Raja Sempadan sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini secara berasingan pada 26 September, 9 Oktober dan 2 November 2017. - UTUSAN ONLINE