Sebahagian daripada 30 ahli Geng 360 Devan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kajang, dekat Kuala Lumpur semalam, atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang. UTUSAN/Hafiz Johari

Mereka ialah Datuk M. Kalai Arasu, 45; M. Mohan, 34; P. Subramaniam, 54; S. Ravindran, 37; P. Rajendran, 48; E. Shamuganathan, 45; A. Karpanah, 57; J.J. Vignasevaran, 42; R. Premraj, 37; V. Ariva­lagan, 42; R. Suresh Kumar, 39; M. Thananbalan, 41; M. Kalimuthu, 28, dan M. Saravanan, 37.

Turut didakwa R. Sundran, 61; A. Erathai Pragash, 49; T. Ravendaran, 30; M. Danes, 25; S. Sivaneswaran, 25; V. Vigny Alfred Raj, 29; R. Subramaniam, 37; R. Kannan, 33; M. Saravanan, 37; M. Jayakumar, 36; P. Karthik, 31; I. Ravindran, 30; S. Krishna, 33, Mohd. Sarif Abdul Karim, 31 dan R. Yogendran, 30.

Kesemua tertuduh hanya me­ngangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadap mereka selesai dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Noridah Adam.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan ‘Geng 360 Devan’ di MV Empayer Sdn. Bhd. di No. 1, Jalan Perniagaan Masria 1, Pusat Perniagaan Masria, Batu 9, Cheras, dekat sini pada Februari lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, S. Raman, 61, turut didakwa atas pertuduhan sama, namun prosiding pendakwaan terhadapnya dilakukan di Hospital Shah Alam ekoran lelaki itu mengalami masalah kesihatan dan perlu mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh yang juga tidak dibenarkan bebas dengan jaminan berikutan kes ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kesemua tertuduh telah dita­han di bawah Akta Kesalahan Ke­se­lamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mo­hamad Mustaffa P. Kunyalam manakala tertuduh diwakili peguam Harvinder Singh, A. Kalaishii Va­sudevan, Elina Rashid, Jaqdesh Johal, R. Mahendran dan M. Ma­riapan.

Mahkamah menetapkan 18 April ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, kesemua tertuduh tiba di Kompleks Mahkamah Kajang kira-kira pukul 8 pagi dengan dikawal ketat oleh anggota polis dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc).