Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah yang merupakan salah seorang pegawai pengendali berkata, tiga saksi tersebut adalah seorang pegawai polis yang menerima laporan mengenai kebakaran dalam insiden rusuhan kuil November lalu.

"Dua anggota lagi saksi yang akan dipanggil ialah bomba yang memandu Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) semasa kejadian itu.

"Kesemua saksi yang akan dipanggil untuk sepanjang prosiding seramai tujuh saksi tetapi bukan panggil semuanya hari ini," katanya.

YAHAYA PTHAMAN MUHAMMAD ADIB

YAHAYA OTHMAN, peguam kepada keluarga Muhammad Adib yang hadir mengikuti inkues anggota bomba itu di Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor hari ini.-UTUSAN ONLINE

Dalam pada itu, mengulas mengenai permohonan Jawatankuasa Menyelamat Kuil dan 50 penganut Hindu untuk menjadi pihak-pihak berkepentingan, Zhafran Rahim memaklumkan rayuan yang difailkan kedua-dua pihak tersebut ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Jumaat lepas.

"Kita difahamkan mereka akan membuat rayuan semula di Mahkamah Rayuan," ujarnya.-UTUSAN ONLINE