Muhammad Adam Izzudin Asri, 20, dan tiga lagi masing-masing berusia 15 tahun, walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim Johari Hassan.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 10 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Taman Bersatu antara pukul 3 dan 6 pagi pada 2 September lalu.

Hakim Johari kemudian membenarkan Muhammad Adam diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin manakala tiga lagi yang lain, masing-masing RM7,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Farhan Aliff Ahmad manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.

Mahkamah menetapkan 23 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Akhbar sebelum ini melaporkan empat orang ditahan polis pada 13 September lalu kerana merogol seorang murid tahun lima yang dikenali salah seorang daripada mereka melalui laman sosial.

Berikutan itu, kesemua suspek telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE