Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu selepas Wong Seng Wei, 58, Lee Chan Yo, 43, dan Chong Oi Weng, 46, mengaku salah melakukan perbuatan itu di kaki lima di hadapan Restoran Hao Wan, Jalan Kuchai Maju 14, Kuchai Lama, di sini kira-kira pukul 11.30 malam, 25 Ogos lalu.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 7 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nazrin Zaharinan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran namun Seng Wei, Chan Yo dan Oi Weng yang tidak diwakili peguam masing-masing merayu hukuman denda ringan. - UTUSAN ONLINE