Majistret, Salina Omar membenarkan perintah reman berkenaan selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, kesemua tertuduh berusia antara 30 hingga 50 tahun yang berpakaian reman SPRM tiba di mahkamah pukul 2.40 petang dan meninggalkan pekarangan mahkamah pukul 4 petang sambil diiringi anggota SPRM.

Akhbar hari ini melaporkan tiga pegawai terbabit ditahan di pejabat PPDNKK di sini dan Kota Tinggi antara pukul 8 hingga 10 pagi semalam manakala pengusaha gas berkenaan ditahan di rumahnya di Kulai, pukul 8.20 pagi, hari yang sama.

Siasatan awal mengesyaki wang rasuah yang diberikan oleh pengusaha gas itu dimasukkan ke dalam akaun syarikat milik saudara salah seorang pegawai PPDNKK sebelum diagihkan ke pihak yang berkenaan.

Kes  disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, mana-mana yang lebih tinggi. - UTUSAN ONLINE